Syarat & Peraturan Primer

Pengenalan

Primer adalah tahap pertama dalam menyertai Sucomi. Di tahap ini, pengkarya komik berpeluang mempersembahkan idea dan potensi komik mereka sebelum menjadi siri di Sucomi.

Cabaran utamanya adalah pengkarya perlu menghantar komik pilot kepada Sucomi dan kami akan tayangkannya di laman web. Tayangan adalah umum dan komik akan dinilai oleh Editor dan pembaca di Sucomi. Sekiranya komik mendapat sambutan yang baik, kami akan memilihnya untuk disirikan. Pengkarya juga akan dinaikkan ke tahap kedua iaitu Aretis.

(Nota: Aretis adalah gelaran bagi pengkarya komik siri Sucomi)


Syarat

Syarat bagi pengkarya untuk menyertai Primer adalah:-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 17 tahun dan ke atas
  3. Tiada dalam status kini Aretis

Peraturan

Peraturan Primer ibarat tiada peraturan langsung kerana kami berikan 3 kebebasan!

1. Bebas Masa

Maksud bebas masa adalah pengkarya boleh menghantar idea komik pada bila-bila masa. Ya, maksudnya tiada deadline! Primer akan sentiasa dibuka sepanjang tahun 2017.

Pengkarya tidak lagi perlu tunggu pada bulan tertentu, tidak lagi perlu mengejar deadline dan tidak lagi perlu bersaing dengan pengkarya yang lain. Kini pengkarya hanya boleh fokus pada persediakan dalam menghasilan komik yang berkualiti.

2. Bebas Tema

Bertemakan bebas! Pengkarya bebas untuk memilih dan penetapkan tema pada komik masing-masing. Apa sahaja tema dibenarkan selagi mana ceritanya menarik untuk disampaikan kepada semua. Lagi manfaat, lagi kami suka!

3. Bebas Muka Surat

(Dari 19 – 50 muka surat!)

Berbanding acara dan cabaran yang dahulu, Primer memberikan kebebasan muka surat pada pilot. Kami beri peluang untuk pengkarya menghasilkan komik mengikut jumlah muka surat yang pengkarya sendiri inginkan.


Kriteria

Komik:-

  • Bersaiz A4
  • Komik wajib dilengkapkan (full inking)
  • Muka depan wajib berwarna (full color)

Kandungan:-

  • Bahasa Melayu

Larangan

Kandungan:-

  • Berunsur lucah / Pendedahan aurat yang keterlaluan
  • Plagiat / Tampal gambar
  • Merosakkan mana-mana agama, bangsa, bahasa dan negara

Cara Sertai

Ikut sahaja 4 langkah dibawah:-

1. Muatnaik komik anda di dalam Dropbox atau Google Drive.

2. Hantarkan link komik tersebut di facebook page kami menerusi PM (Private Message).

3. Tunggu balasan dari kami untuk mendapatkan borang pendaftaran.

4. Isi borang pendaftaran yang diberikan dan tarikh tayangan akan ditetapkan.

Selesai, semoga berjaya!


Nota Penting

  • Tayangan Primer hanya pada hari Sabtu, jam 9 malam.
  • Tempoh tayangan adalah 1 bulan sahaja.
  • Komik tidak kekal di laman web.
  • Hakcipta adalah 100% milik pengkarya.

Ini bukan penamat kerana cabaran sebenar adalah di tahap kedua iaitu Aretis. Hehe!

Baca Mengenai Aretis

error: Kandungan dilindungi!