Syarat & Peraturan Aretis

Pengenalan

Aretis adalah tahap kedua di Sucomi. Pengkarya perlu menghasilkan komik bersiri mengikut pilot mereka semasa berada di tahap Primer. Misi utama pengkarya adalah melengkapkan cerita. Hal ini kerana siri yang lengkap sepenuhnya akan kekal di laman web.

Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh pengkarya adalah tarikh akhir (deadline). Setiap komik siri mempunyai tarikh akhirnya sendiri. Sekiranya gagal, komik akan dikeluarkan dari senarai Aretis Sucomi.


Syarat

Syarat untuk menjadi Aretis adalah lulus di tahap pertama iaitu Primer.


Peraturan

Peraturan Aretis dicipta mengikut kadar kebiasaan dan kemampuan pengkarya komik di Malaysia.

1. Merancang jumlah bab terlebih dahulu

Dalam Sucomi, kami menggalakkan 10 bab sahaja. Namun, Aretis boleh memilih sama ada mahu 10, 15, 20, 25 atau 30. Mengapa kami memilih nombor-nombor tersebut? Ini kerana format yang Sucomi sediakan, 5 bab sudah cukup untuk menghasilkan 1 buah buku. 10 bab = 2 buah buku. Cukup awesome dah!

2. Sentiasa ikut tarikh akhir (deadline)

(3 bulan = 1 bab)

Setiap 3 bulan, Aretis wajib menghantar sekurang-kurangnya 1 bab. Namun, ianya bukan bermaksud hanya 1 bab sahaja setiap 3 bulan. Aretis boleh menghantar lebih mengikut kemampuan. Malah, setiap kali penghantaran akan ditambah 3 bulan pada tarikh akhir. Oleh itu, semakin cepat komik dihantar, semakin jauh tarikh akhirnya.

Selain itu, Aretis akan dipanjangkan tarikh akhirnya pada penghantaran bab 5, 10, 15, 20, 25, 30. Kami menggelarkannya checkpoint. Hal ini adalah bertujuan untuk memberikan tempoh masa rehat kepada Aretis.

(Checkpoint = 6 bulan)

Sebagai contoh, Empirik telah menghantar bab 5. Maka Empirik akan ditambah tarikh akhirnya selama 6 bulan.


Kriteria

Komik:-

  • Bersaiz A4
  • 19 muka surat termasuk muka depan
  • Komik sekadar lakaran kemas (sketch only)
  • Muka depan wajib berwarna (full color)

Kandungan:-

  • Bahasa Melayu

Penamat

Sekiranya siri telah dilengkapkan, Aretis ada 3 jalan untuk terbitkannya menjadi buku.

  1. Bersama Sucomi
  2. Bersama penerbit lain (selain Sucomi)
  3. Terbit sendiri

Setiap dari jalan di atas ada syarat dan kelebihannya masing-masing. Pengkarya boleh mendapatkan nasihat dari pihak Sucomi mengenai hal ini. Anda juga boleh terus menghubungi kami di https://www.facebook.com/sucomimalaysia/


error: Hak Cipta Terpelihara!