Soalan Yang Kerap Ditanya

Soalan Lazim

Kenapa membaca di Sucomi?

Sucomi memaparkan komik tempatan yang berpotensi di kalangan pengkarya amatur. Komik yang ditayangkan oleh kami bukan hanya percuma untuk dibaca, malah ianya eksklusif hanya di Sucomi.

1. Memberikan sokongan moral

  • Baca, komen dan kongsikan. Setiap komik memakan banyak masa, berhari dan berminggu untuk disiapkan. Tindakan kecil tersebut dapat menunjukkan penghargaan kita terhadap para pengkarya.

2. Membantu pengkarya dalam penerbitan

  • Sesiapa sahaja boleh membantu pengkarya dengan hanya menekan butang ‘share’ pada komik. Lebih tinggi populariti komik tersebut, lebih besar peluangnya untuk diterbitkan menjadi buku!

Kenapa terbit di Sucomi?

Pengkarya adalah asas kepada Sucomi. Oleh itu, segala-galanya bermula dengan niat ingin membantu anda sebagai pengkarya!

1. Mudah dikenali

  • Komuniti di Sucomi merupakan salah satu komuniti komik yang laju perkembangannya di Malaysia. Malah, kami mencipta laman web agar mudah untuk pengkarya dan pembaca berkomunikasi.

2. Meningkatkan populariti

  • Kami membantu pengkarya meningkatkan populariti sama ada populariti komik mahupun pengkarya sendiri. Populariti adalah kepentingan buat pengkarya terutamanya dalam membina jenama.

3. Bersaing dengan sihat

  • Tiada yang lebih menarik apabila mempunyai saingan(rival) bersama pengkarya yang lain. Saingan yang sihat juga selalu membantu kita untuk terus maju kehadapan.

4. Berkelebihan di laman web

  • Views – Dapat melihat jumlah kemasukan pembaca dan pengunjung pada setiap komik.
  • Rating – Berikan kadar pada setiap komik dari 1 bintang hingga ke 5 bintang.
  • Butang ‘Share’ – Tiada yang lebih baik dari berkongsi komik kepada rakan anda selepas membacanya!
  • Ruangan Komen – Pembaca boleh memberikan komen pada setiap komik dengan menggunakan facebook.

5. Tidak tuntut hak cipta

  • Kami tidak menuntut mana-mana hak cipta kandungan dari pengkarya. Kami platform penerbitan yang hanya akan menjaga hak cipta karya anda dengan syarat dan perjanjian yang tertentu.

Kenapa komik yang ditayangkan seperti tidak siap?

Disebabkan ianya percuma, kami hanya akan berikan tayangan lakaran sahaja demi menghormati pengkarya yang berniat untuk menghasilkan produk buku pada akan datang. Di buku tersebut, sudah pasti komik yang sudah lengkap disiapkan. Namun anda jangan risau kerana tayangan lakaran akan dipastikan kemas dan boleh dibaca dengan baik.


Adakah Sucomi penerbit?

Ya, kami dikategorikan sebagai penerbit komik online. Penyebab kami dalam mengutamakan penerbitan online adalah untuk melatih pengkarya meningkatkan populariti karya mereka terlebih dahulu sebelum mula menghasilkan produk buku.


Anda ada soalan lain?

Ketahui lebih lanjut mengenai kami di sini atau hubungi kami di https://www.facebook.com/sucomimalaysia/

error: Kandungan dilindungi!