Apa itu Sucomi?

Mengenai Kami

Sucomi adalah sebuah platform penerbitan komik di Malaysia. Pengasas Sucomi iaitu Azam Azri mewujudkannya untuk membantu pengkarya membina kerjaya mereka sebagai artis komik.


Fungsi

Selain mempromosikan karya, Sucomi boleh dijadikan tempat untuk mengumpulkan pengalaman di dalam industri. Tambahkan pembaca, tambahkan pengikut, tambahkan peminat dan menuju ke arah professional.

Kami percaya ramai pengkarya di Malaysia berbakat dalam komik namun tiada tempat untuk menyerlahkan bakat mereka. Jangan risau, Sucomi ada untuk anda!


Misi

  • Melahirkan lebih ramai artis komik tempatan yang berkualiti.
  • Mengalakkan budaya membaca komik di kalangan masyarakat.
  • Meninggikan pandangan masyarakat terhadap komik.
  • Membantu peningkatan industri komik di Malaysia.

Unik

Keunikan Sucomi adalah kami lebih fokus kepada pembikinan komik bersiri. Gelaran “Aretis” diberikan kepada pengkarya yang terlibat dengan siri-siri di Sucomi. Sudah menjadi tanggungjawab Sucomi untuk membantu dan membimbing Aretis dalam penerbitan karya mereka.


Pasukan

Sucomi digerakkan oleh satu pasukan yang ahlinya terdiri daripada pelbagai bidang namun kami berkongsi satu kesukaan yang sama iaitu komik!


Soalan & Hubungi

Soalan anda mungkin sudah terjawab di sini atau anda boleh terus menghubungi kami di https://www.facebook.com/sucomimalaysia/


error: Hak Cipta Terpelihara!