Apa yang terkini mengenai Sucomi?

Sucomi sekali lagi dinaik taraf dengan reka bentuk yang lebih minimalis. Ianya direka oleh Azam Azri selaku pereka dan pengarah urusan Sucomi. Dengan perubahan terkini ini, kami sebenarnya merancang Sucomi ke arah yang lebih besar di masa hadapan. Oleh itu, mari kita lihat dahulu apa yang terkini.


Terkini

1. Reka Bentuk Jenama

Reka bentuk (design) yang diubah suai menjadi lebih konsisten, lebih simple dan lebih minimalis!

brand

Dengan 2 warna sahaja iaitu hitam dan putih, ianya turut menjadi simbolik kepada dakwat dan komik hitam putih. Ya, tiada lagi warna Ben 10.

2. Reka Bentuk Laman Web

Apabila reka bentuk jenama diubah, sudah pasti laman web juga turut berubah. Kami cuba memastikan pengalaman anda dalam menggunakan Sucomi adalah yang terbaik! Antaranya:-

  • Laman web yang lebih simple dan ringan
  • Server yang laju dan lebih baik
  • Sangat Responsive dan Mobile Friendly

Tidak percaya? Cuba buka di telefon bimbit anda dan lihat. Hehe!


Naik Taraf

Selain itu, kami ada naikkan taraf pada ciri-ciri yang sedia ada di Sucomi. Antaranya:-

1. Komen Facebook

Kandungan komen pada setiap komik yang dikirim (post) di facebook page Sucomi adalah sama kandungannya di laman web. Sebagai contoh, jika kami mengirim komik di facebook dan kalian memberikan komen, maka kandungan komen tersebut akan turut berada di laman web juga.

2. Rate dan Views

Rate dan Views pula kini tidak lagi berada di senarai komik sebaliknya ia berada di setiap komik secara spesifik. Hal ini akan memudahkan pengkarya dan pembaca merujuk views dan memberikan rate pada setiap komik yang dibaca. Lokasi rate dan views terletaknya di bawah setiap muka surat komik yang terakhir.

rate views


Berita Kurang Baik

Disebabkan server Sucomi ditukar, kami terpaksa membuang kandungan komik yang ada. Alamak, macam mana ni?!

Usah risau kerana kami akan muat naik kesemuanya semula satu persatu dari masa ke masa. Malah, setiap komik yang dimuat naik turut akan dikirimkan di facebook page kami.

Oleh itu, rajin-rajinlah anda rujuk di page kami atau nak lebih mudah, tekan butang “See First” di page kami supaya segala komik yang baharu kami kirimkan akan muncul di timeline anda!

see first

Mohon bersabar tau! Kami akan mula mengemas kini komik bermula esok hari. Nantikan ya!

 

error: Kandungan dilindungi!